Monday, 15 June 2015

Sistem Tulang dan Fungsinya

Hari ini mari kita memahami Tulang dan fungsinya.
Tulang adalah struktur terpenting yang memberi bentuk kepada badan kita. Tulang terbahagi kepada 2  jenis iaitu tulang Kortikal & Trabekular.
1) Tulang Kortikal adalah tulang mampat yang membentuk lapisan luar (80% jisim tulang rangka).  Ia teguh dan  tidak mudah dilentur atau patah.
2) Tulang Trabekular adalah tulang yang terletak di dalam bahan dalam tulang, berongga spt span yg ada hubungkait dgn darah. Di sinilah letaknya sum-sum tulang yg menghasilkan sel darah (20% jisim tulang). Ia kurang tumpat, lebih elastik & kadar penggantian yg tinggi berbanding tulang kortikal.
Tulang menyimpan 99% kalsium dalam badan dan 1% dalam aliran darah. Proses pemendakan mineral tulang biasanya berlaku pada akhir remaja. Kita akan mengalami kehilangan tulang pada kadar 0.3% hingga 0.5% setahun mengikut pertambahan usia.
Kadar kehilang tulang paling cepat berlaku iaitu 3% - 5% pada 5 – 7 tahun pertama selepas menapous. Jika tiada kawalan diambil, seseorang itu akan terdedah kepada risiko osteoporosis (keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh).
Semakin anda semua menggunakan tulang, semakin tulang anda menjadi bagus. Ini sama saja dengan otot-otot kita akan akan menjadi semakin pejal apabila terus digunakan. Dengan itu, nasihat saya... Jangan berat tulang! Orang malas selalu rugi.

Monday, 1 June 2015

RISIKO TINGGI MEMBELI PRODUK JALANAN

Kosmetik didefinisikan sebagai sebarang inti bahan atau persediaan khusus untuk dihubung dengan bahagian luaran tubuh bagi tujuan membersih, mewangi, mengubah atau membetulkan keadaan.
Bahagian terbabit termasuk sistem kulit, rambut, kuku, mulut atau organ kemaluan. Bahan berkenaan juga dihasilkan untuk melindungi atau memastikan
badan berada dalam keadaan baik. Namun keghairahan beberapa pihak dalam mengeluarkan serta memasarkan produk kecantikan mungkin mengundang bencana apabila kandungaannya tidak mengikut piawaian pihak berkuasa.
Pembelian produk-produk kecantikan di jalanan sememangnya perlu dihentikan! Ia kebanyakkannya diimport dari Negara jiran dan tidak berdaftar. Oleh itu adalah sukar untuk mengawal bahan yang digunakan dan kesan sampingan kepada pengguna. Antara bahan kimia bahaya yang boleh ditemui dalam produk jalanan ialah raksa/merkuri, hidrokuinon dan plumbum.
Bahan seperti asid, raksa atau logam berbahaya ternyata mudah mengundang petaka pada diri. Selain raksa dan plumbum di dalam produk jalanan, lemak babi pun turut digunakan. Bahan kimia yang terdapat di dalam bahan perawatan wajah yang ada yang sebenarnya amat menakutkan kita.
Kandungan raksa di dalam produk tertentu didapati melebihi dua peratus, manakala hidrokuinon yang digunakan sebagai agen pemutih wajah melebihi 0.05 peratus daripada bahagian per sejuta. Contohnya, hidrokuinon ialah sejenis peluntur turut berperanan menghakis kulit.
Masalah label kandungan pada produk kecantikan juga semakin menjadi-jadi di Negara kita. Lihat saja di facebook, banyak produk kecantikan wajah yang dijual, semuanya menawarkan pemutihan yang sangat sekejap, dalam seminggu sudah ada perubahan.
Produk seperti pembersih muka, krim pemutih, krim jerawat dan jeragat serta krim malam turut dijual pada ‘harga rendah’. Namun meskipun produk ini diragui keberkesanan malah kandungan bahan kimianya, ia terus dijual secara berleluasa dan tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa. Mungkin kerana terlepas pandang sebab terlalu banyak produk kecantikan yang muncul pada masa kini.
Lambakan Produk di Pasaran
Peliknya, produk ini mendapat sambutan yang begitu hangat di kalangan wanita-wanita Malaysia.
Kandungannya belum tentu selamat dan cara pemprosesannya turut diragui. Iniah yang menjadikan produk kosmetik jalanan seumpama bom waktu kepada mereka yang gemar menggunakannya dan sering bertukar-tukar produk. Sebab itulah amat penting bagi pengguna memilih produk yang didaftarkan.
Mimpi Ngeri’ yang boleh dialami oleh pengguna yang degil menggunakannya ialah muka, pipi dan bibir menjadi bengkak. Kulit juga boleh mengelupas dan menipis hanya selepas beberapa hari. Lebih teruk lagi kesan terbakar boleh dilihat dan kesannya boleh menjadi kekal. Harganya juga jauh berbeza. Berbanding produk berkualiti, produk jalanan boleh dibeli dengan harga paling rendah iaitu antara RM10-RM60.
Kesan Penggunaan Produk yang Mengandungi Hidrokuinon dan Merkuri
Membaca semua informasi ini seharusnya mencetuskan rasa gerun. Jangan terlalu obsess untuk cantik sehingga sanggup menutup mata akan perkara-perkara sebegini. Kedengaran mungkin perkara kecil tetapi impak yang boleh disebabkan olehnya dibawa SEPANJANG HAYAT. Jadi bukan mata, buka minda untuk memikirkan apa yang terbaik. Cantik itu tidak salah asalakan kena caranya.

Friday, 15 May 2015

Kesan Buruk Cahaya Matahari Pada Kulit

Sinaran matahari sebenarnya bagus untuk kulit. Ianya mampu memberi Vitamin D iaitu keti.00 pagi. Tapi, apa pula yang akan terjadi pada kulit kalau kita terlalu terdedah dengan cahaya matahari?
Antara kesan buruk apabila terlalu terdedah kepada cahaya matahari adalah
seperti yang berikut:-
1. Punca sunburn dan tisu kulit akan rosak
2. Memberi kesan kepada kulit sensitif iaitu kulit menjadi kemerah-merahan, ruam atau gatal.
Bukan sahaja faktor makanan dan lifestyle, kulit yang sensitif cepat mendapat efek dari cahaya matahari walaupun dalam masa yang singkat. Sama juga bagi sesiapa yg selalu buat peeling treatment tanpa pnjagaan, kulit menjadi semakin menipis dan sensitif.
3. Meningkatkan Risiko Kanser Kulit
Ini bagi kes yang agak teruk, tapi tidak mustahil sebab di malaysia kes kanser kulit meningkat setiap tahun.
4. Merosakkan kolagen kulit dan mengakibatkan penuaan lebih cepat
Ramai yg kelihatan tua sebelum usia, ini dinamakan premature aging, punca dari terdedah dengan matahari.
Pengeluaran kolagen menurun seiring dengan peningkatan usia, ditambah pula dengan pendedahan pada matahari, kolagen kulit akan semakin merosot sekaligus menjadikan kulit berkedut, garis halus dan kusam.
Inilah yang akan terjadi jika kita terdedah dengan matahari tanpa perlindungan sewajarnya. Macamana nak elakkan sunburn? Dan dalam masa yang sama menjaga kualiti kulit kita?
Berikut merupakan beberapa petua untuk merawat masalah kulit Sun Burn:-
Petua 1: Sapukan isi aloe vera dan sapukan ke seluruh muka. Amalkan setiap hari dan lihat hasilnya selepas beberapa hari.
Petua 2: Campurkan sedikit tepung gandum dengan sedikit madu, putih telur dan air limau nipis. Selepas itu, sapukan seluruh bahagian muka kecuali mata dan mulut. Biarkan sehingga kering barulah dibilas dengan air. Amalkan selalu.
Petua 3: Kisar 6 biji timun dan campurkan dengan 2 sudu besar susu tepung. Kemudian sapukan pada kulit wajah yang terbakar dan biarkan sehingga kering. Seterusnya bilas muka sehingga bersih dengan air suam.
Petua 4: Belah 2 biji tomato kemudian gosokkan pada kulit wajah selama 5-10 minit dan tunggu sehingga benar-benar kering. Bilas dengan air suam.
Nak lebih mudah merawat dan mencegah masalah Sun Burn? Gunakanlah Sun Protection SPF50.
Apa itu Sun Protection SPF50?
Diformulakan bersama Buah Raspberry & Bunga Lili Putih.Pertahanan kulit untuk 500minit di bawah cahaya Ultra violet matahari.10x ganda anti-oxidant yang hebat berbanding buah tomato.Membuatkan usia lebih muda 4 tahun dari usia kerana mempunyai bahan Anthocyanins.Pertumbuhan kulit baru. Menghilangkan freckles, pigmentasi TANPA sakit & TANPA ada kesan buruk.Kaya dengan Glycolic Acid & Ellagic Acid (Anti-Cancer!)
Kelebihan Lain Sun Protection SPF50.
Meneutralkan radikal bebas.Membersihkan kulit sehingga ke lapisan dermis & melambatkan proses penuaan.Mencegah pembentukan sel-sel kanser.Melicinkan kulit sehingga tetap kelihatan muda.Melambatkan proses penuaan.Mengatasi dan merawat jerawat.Menghilangkan bekas luka di kulit.Mencegah pertumbuhan kanser & mengatur kadar kolesterol.Menjaga kelembaban kulit, memberikan rawatan special bagi kulit kering, kulit iritasi dan kulit sensitif.Meningkatkan kelekatan dan kestabilan kelembaban air yang ada di kulit.Merawat dan mencegah penyakit kanser kulit.

Friday, 1 May 2015

Pengambilan Vitamin C & Kesan Pada Kesihatan

Vitamin C sangat banyak seperti cendawan tumbuh dan berlumba-lumba di pasaran.
* Adakah Vitamin C perlu diambil setiap hari?
*Adakah Injection Vitamin C perlu diambil setiap minggu?
*Apakah kesan pengambilan Vitamin C yang berlebihan?
*Benarkah Vitamin C mampu merawat masalah sendi dan rawan?
*Benarkah Vitamin C yang disapu adalah lebih baik dari Vitamin C yang dimakan?
*Apakah akibatnya jika badan kita kekurangan Vitamin C?
Semua itu akan saya rungkaikan sebentar lagi. Sila ikuti penulisan saya yang seterusnya dibawah ini.
Sebelum menjawab soala-soalan di atas, adalah lebih baik untuk kita tahu terlebih dahulu Apa sebenarnya Vitamin C itu, dari mana dan bagaimana ia berlaku.
Apa itu Vitamin C?
Vitamin C terdiri daripada 3 bentuk secara kimia iaitu Ascorbic Asid (ascorbates), Ascorbate free radical dan Dehyroascorbate.
Ketiga-tiga bentuk ini bertanggung jawab untuk penyebaran dan aktiviti penting bagi reaksi biokimia, pelindung intracellular sel dan bertindak sebagai penyumbang elektron bagi radikal bebas (anti-oksidan).
Vitamin C tidak dijana di dalam tubuh manusia.  Maksudnya ianya perlu diperolehi daripada sumber makanan.
Vitamin C juga adalah Larut Air dan sangat mudah hilang dari tubuh manusia. Vitamin C automatik akan hilang atau disingkirkan dari badan anda apabila anda merokok, stress, demam, tidak cukup tidur, marah, muntah, mengandung dan sebagainya. Betapa begitu mudahnya Vitamin C ini disingkirkan hilang dari tubuh kita.
Apakah Fungsi Sebenar Vitamin C ini?
Vitamin C adalah sangat diperlukan oleh tubuh untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian badan kita. Vitamin C juga membantu badan membuat kolagen, protein penting yang digunakan untuk membuat kulit, rawan, tendon, ligamen, dan saluran darah. Vitamin C diperlukan untuk menyembuhkan luka, dan untuk membaiki dan mengekalkan tulang dan gigi.
Vitamin C adalah antioksidan, bersama dengan vitamin E, beta-karotena, dan lain-lain nutrien berasaskan tumbuhan. Antioksidan menyekat sebahagian daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, bahan yang merosakkan DNA. Peningkatan radikal bebas dari semasa ke semasa boleh menyumbang kepada proses penuaan dan dan menyebabkan masalah kesihatan seperti kanser, penyakit jantung, dan artritis.
Antara fungsi Vitamin C yang lain adalah:-
*Mencegah scurvy
*Membantu sistem pertukaran hydrogen-ionAnti-oksidant yg kuat
*Melindungi anti-oksidant yg lain (vitamin E/A dan Essential Fatty Acids)
*Membantu penyerapan zat besi
*Menukar folic asid kepada folinic acidAnti cancer
*Membentuk tyrosine (hormone tyroid)
*Penjanaan proline & tryptophan bagi pembentukan kolagen.
*Menyegerakan penyembuhan luka
*Metabolism bagi cholesterol
Vitamin C juga merupakan penyokong utama kepada Vitamin-vitamin lain seperti Vitamin A, Vitamin B, Vitamin E dan sebagainya. Pengambilan Vitamin-vitamin jenis ini tanpa adanya Vitamin C adalah tidak berhasil atau tidak berkesan sama sekali. Betapa pentingnya Vitamin C ini.
Apakah Akibat Kekurangan Vitamin C Dalam Tubuh?
Vitamin C sangat penting bagi tubuh manusia dan jika kekurangan vitamin C maka sangat banyaklah akibatnya. Sebab nutrisi yang paling penting di dalam tubuh manusia salah satunya adalah vitamin C. 
Berikut merupakan kesan kekurangan Vitamin C dalam badan:-
*Berkurangnya tenaga secara kronik, kemurungan dan badan lemah.
*Anemia (dari anemia sederhana sehinggalah anemia yang kritikal).
*Haemorrhages (salur darah bocor) ke otot tangan dan kaki, sendi-sendi dan kerosakan kuku (nail-beds).
*Penyakit kulit - Kulit menjadi lebam kebiruan.
*Gigi mudah tercabut dan berlaku pendarahan pada gusi
*Masalah penghadaman
*Sukar mengawal stress
*Selalu selsema, letih dan demam
Kulit menjadi lebam kebiruan
Jenis –jenis Vitamin C
Vitamin C boleh diperolehi dengan 4 kaedah iaitu:-
Sumber Makanan Semulajadi (Terutamanya buah-buahan citrus)Dalam Bentuk Oral Supplement (Dimakan)Dalam Bentuk Intravenous Supplement (Disuntik)Topical Cream (Sapuan)
1. Sumber Makanan Semulajadi
Dari segi makanan semulajadi, Vitamin C boleh diperolehi dari sumber-sumber yang berikut:-
Buah-buahan :  Limau, oren, lemon, jambu batu, nanas, kiwi, strawberry, cherry, tembikai.Sayur-sayuran :  kobis, bunga kobis, celery, parsley, asparagus, tomato, bayam.Bunga :  RoseVitamin C dari Sumber Semulajadi
2. Sumber Oral Supplement
Sumber Oral Supplement adalah daripada sumber makanan Vitamin yang telah diproses dalam bentuk pil, serbuk atau cecair yang perlu ditelah atau diminum.
Namun bukan semua orang sesuai dengan vitamin C yang dijual di kaunter.  Berhati-hatilah dalam memilih Vitamin C. Keberkesanan Vitamin C ini terpulang pada sistem pertahanan tubuh, aktiviti harian, pemakanan dan sebagainya.
Berikut merupakan Dos Vitamin C yang dicadangkan dalam pengambilan Oral Supplement ini.
Dos Vitamin C / Day / Untuk Kegunaan
 20 mg Mengelakkan Scurvy
140 mg Bagi mereka yang merokok
500 mg Bagi yang mempunyai masalah Reverse endothelial dysfunction
2 gm Untuk mengatasi Tekanan darah rendah
4 gm Bagi mereka yang mempunyai berat badan 70kg ke atas
6 gm  Saranan bagi pesakit tekanan darah tinggi
6 gm – 12 gm Dos bagi orang yang sedia sihat
15 gm Orang sihat yang mempunyai bowel tolerance yg baik
30 gm Bagi pengidap demam selsema dan infeksi bakteria
60 gm Untuk mereka yang selsema yang teruk
100 gm Bagi pengidap Influenza
50 gm -100 gm Untuk Cancer Therapy
2.5 gm - 10 gm Dos yang disarankan oleh Linus Pauling
3. Sumber Intravenous Supplement
Vitamin C dari jenis ini adalah diperoleh dari sumber suntikan pada tubuh melalui salur darah atau urat kita.
Keperluan Vitamin C dalam bentuk ini penting bagi:-
*Anti-viral therapy
*Penyakit akut atau kronik
*Orang-orang yang sudah tua dan penyerapan vitamin C melalui oral tidak berkesan.
*Pesakit yg menghadapi inflamasi
*Dos yang diberikan adalah 15-30g tertakluk kepada masalah kesihatan.
Vitamin C dari sumber ini adalah jauh lebih baik dari Sumber Oral Supplement. Pengambilan 12 kali Vitamin C Oral tidak mampu menandingi dengan sekali pengambilan Intravenous Supplement ini.
Kaedah ini adalah didigunakan bagi mereka yang mempunyai masalah dalam pengambilan Sumber Oral Supplement seperti yang berikut:-
Masalah Pengambilan – Tidak mengambil secukupnya dari makanan kerana kurang selera, sakit mulut, kurang makanan atau kecelaruan peribadi.
Masalah Penyerapan - Masalah di dalam perut - stomach acid, intestinal dysbiosis (masalah probiotik akibat ubatan, antibiotik dll), alergi.
Masalah Penyimpanan – Akibat trauma, infeksi penyakit, surgeri, stress, mengandung, menyusukan anak atau penggunaan hormon perancang keluarga.
Lebihan Pembuangan - Diuretik, dadah, fibroid atau menorraghia (Darah haid yg banyak).
4. Sumber Topical Cream
Vitamin C jenis ini adalah diperolehi dengan kaedah sapuan pada kulit. Biasanya Vitamin C jenis ini boleh didapati  dalam produk penjagaan kulit. Ianya Meliputi bahagian atas kulit (epidermis) dan penyerapan terhadap  bahagian kulit yang hidup (dermis) tertakluk kepada teknologi kosmetik.
Bagi tujuan kecantikan kulit,  adakalanya lebih baik dari Vitamin C Oral Supplement kerana terus kepada sasaran untuk membantu meningkatkan kolagen. Vitamin C jenis ini boleh bertahan selama 3 hari di dalam dermis.
Kesimpulannya, Penggunaan Vitamin C adalah sangat penting kepada semua orang, terutamanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan kerana sifat Vitamin C yang menyumbang kepada penyembuhan penyakit.
Untuk tujuan kosmetik, pemilihan produk adalah amat penting bagi menjamin penyerapan vitamin C di dalam kulit.
Jadi berbalik kepada beberapa soalan yang saya nyatakan di atas, mungkin anda telah perolehi jawapannya dalam setiap huraian Vitamin C yang saya nyatakan tadi. Namun saya ringkaskan sekali lagi.
Adakah Vitamin C perlu diambil setiap hari?
Ye betul. Pengambilan Vitamin C adalah sangat perlu untuk diambil setiap hari terutama jika dari sumber Makanan Semulajadi kerana tubuh kita sangat memerlukan Vitamin C untuk kesihatan dan sumber tenaga.
Adakah Suntikan Vitamin C perlu diambil setiap minggu?
Vitamin C dari sumber suntikan tidaklah perlu diambil setiap minggu, namun ramai orang di luar sana yang mengamalkan suntikan Vitamin C setiap minggu kerana Vitamin C yang disuntik akan berkurangan selepas seminggu, dan apabila Vitamin C tersebut mulai berkurangan, kulit anda akan kelihatan berkedut, kusam dan tidak secantik atau segebu pada ketika anda mengambil suntikan Vitamin C.
Itulah sebabnya kenapa mereka perlu mengambilnya setiap minggu.
Namun cara pengambilan ini boleh menyebabkan pengguna menjadi trauma, kerana satu ketika nanti mereka akan menjadi takut dengan jarum akibat terlalu kerap pengambilan suntikan sehingga boleh berlaku pembengkakan pada saluran urat.
Benarkah Vitamin C yang disapu adalah lebih baik dari Vitamin C yang dimakan?
Ianya bergantung kepada tujuan sebenar pengambilan Vitamin C tersebut. Jika pengambilan tersebut hanya untuk mencantikkan kulit, misalnya nak pudarkan parut, adalah lebih baik untuk ambil Vitamin C jenis sapuan kerana vitamin C jenis ini boleh bertahan selama 3 hari di dalam dermis. Manaka Vitamin Oral tidak boleh bertahan selama sehari.
Apakah kesan pengambilan Vitamin C yang berlebihan?
Sebenarnya tidak ada kesan sampingan berlaku jika anda mengambil Vitamin C yang berlebihan. Contohnya jika tubuh anda sepatutnya hanya perlukan 500mg Vitamin C sehari dan anda mengambil Vitamin C sebanyak 1000mg, hanya 500mg Vitamin C sahaja yang akan diserap oleh tubuh anda. Dan selebihnya 500mg lagi akan disingkirkan melalui pembuangan air kencing. Jadi adalah tidak menjadi masalah jika anda mengambil Vitamin C berlebihan. 
Cuma berlakunya pembaziran.
Benarkah Vitamin C mampu merawat masalah Sendi dan Rawan?
Vitamin C bukanlah rawatan utama untuk masalah ini, namun masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan Collagen. Dan Vitamin C pula sangat diperlukan dalam tubuh untuk penghasilan dan penguraian  collagen, dan komponen penting pada pembuluh darah, tendon, ligament serta tulang. Oleh itu, setiap colagen perlu diambil bersama Vitamin C.
Dan setakat ini, collagen yang terbaik adalahPure Marine Collagen kerana ianya diproses dan digabungkan bersama Vitamin C. Para doctor pakar dan pharmaceutical juga mengatakan bahawa Pure Marine Collagen ini adalah Collagen yang sangat tinggi kualitinya.

Wednesday, 15 April 2015

Tips Mengelakkan Pembentukan Jerawat

Pembentukan jerawat yang sedikit dan normal adalah perkara biasa bagi seseorang remaja, namun begitu langkah menghindarinya dapat dilakukan bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit, maka amalan penjagaan kebersihan diri dan wajah perlu dilakukan.
Berikut merupakan amalan penjagaan wajah yang disyorkan untuk mengelakkan pembentukan jerawat pada wajah.
Lakukan pencucian muka dua kali sehari dengan jenis pencuci muka yang bertekstur lembut dan membersih secara mendalam. Jika boleh pilihlah jenis sabun pencuci muka yang tidak terlalu mengeringkan dan boleh menghidratkan kulit. Namun begitu pencucian kulit tanpa sabun pencuci juga boleh dilakukan sebanyak 5 kali sehari ataupun lebih sebagai pilihan lain dan tambahan kepada cucian muka dengan menggunakan pencuci muka.
Tetapi perlu diingatkan disini, bahawa mencuci kulit dengan kuat dan menggosoknya dengan kuat untuk menghilangkan minyak, kekotoran dan sel-sel mati pada kulit bukanlah suatu yang baik pada kulit malah perbuatan tersebut dapat menyebabkan keradangan kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk. Sebaliknya gunakan cara urutan ringan dan gosoklah kulit dengan lembut.
Penggunaan pencuci wajah juga adalah digalakkan namun penggunaannya mestilah sesuai dengan kulit. Penggunaan pencuci wajah adalah bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam liang pori, selain membuang bintik hitam dan bintik putih serta sel kulit mati.
Namun perlu ditegaskan bahawa anda hanya perlu menggunakan skrub wajah 1 hingga 2 kali seminggu sahaja atau 1 dalam masa 2 minggu bagi mereka yang kurang terdedah dengan aktiviti luar dan pancaran cahaya matahari.
Penggunaan pencuci wajah yang lebih dari kadar yang disyorkan adalah amat merbahaya pada kulit khususnya pada kulit sensitive. Sila gunakan pencuci wajah yang mempunyai butiran yang tidak kasar malah lembut pada kulit.
Mencuci kulit dengan pencuci wajah ataupun sabun pencuci kulit sebenarnya pasti akan mengeringkan kulit walaupun anda mencuci kulit dengan ringan dan menggunakan sabun dengan sedikit. Oleh kerana demikian anda sama ada lelaki ataupun perempuan adalah digalakkan untuk menggunakan pelembab atau penyegar kulit selepas anda mencuci kulit anda dengan sabun pencuci, ini adalah penting bagi mengekalkan kelembapan kulit dan pH kulit pada kadar yang seimbang.
Kulit kekal lembab dan sihat
Anda juga adalah dilarang untuk memicit kulit anda yang mempunyai jerawat ataupun sebarang bintik, nodul ataupun sebarang pertumbuhan baru yang tidak diperlukan pada kulit anda. Sebaliknya jumpalah pakar kulit yang bertauliah atau pakar dermatogi di klinik dan hospital pakar untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Memicit kulit yang mempunyai jerawat bukan sahaja tidak elok pada kulit tetapi akan memburukkan lagi keadaan kulit anda sekiranya berlaku jangkitan!
Sebanyak mana yang boleh, anda mestilah mengelakkan kulit muka anda daripada terkena cahaya matahari secara berterusan. Kulit akan mudah menjadi kering jika anda terkena cahaya matahari secara berterusan.
Elakkan tertedah kepada cahaya matahari secara Berterusan
Walaupun anda terdedah dengan cahaya matahari pada kadar yang sedikit. Pancaran sinar UV (Ultra lembayung) yang sedikit yang terkena pada kulit anda sudah cukup untuk menyerap masuk kedalam sel kulit dalam anda dengan mudah serta merosakkan struktur protein dan DNA kulit anda. Perkara ini tentunya tidak baik pada kulit kerana ia mungkin juga mampu menyebabkan kanser kulit.
Bagi mencegah dari masalah terkena pancaran matahari yang agresif ini, anda disyorkan untuk memakai pelembab kulit yang mempunyai pelindung sinaran UV samada dari jenis SPF10, SPF15, SPF25, SPF50 dan sebagainya. Namun untuk keadaan cuaca ketika ini, di Malaysia khasnya yang terlalu panas, adalah lebih baik untuk menggunakan pelindung sinaran UV dari jenis SPF50.
Sun Protection SPF50 yang terbaik
Perkara ini penting bagi mengurangi kesan kegelapan yang mungkin timbul akibat pembentukan melanin oleh sel melanosit dan peyerapan UVB ke dalam sel basal melanogenesis yang mungkin menyebabkan kerosakan kepada DNA yang akhirnya boleh membawa kepada penyakit kanser.
Pemakain pelembab dan pelindung UV perlu dipakai setiap kali selepas mencuci muka, ketika berada di dalam bilik/kawasan berhawa dingin (suhu yang sejuk dan berhawa dingin mampu mengeringkan kulit dengan cepat) atau ketika ingin melakukan aktiviti luar yang akan menyebabkan anda terdedah kepada sinaran matahari terik.
Penggunaan Sun Protection bukan hanya perlu digunakan ketika di luar rumah sahaja, namun perlu juga digunakan semasa berada di dalam rumah.
Anda juga amat disarankan untuk sentiasa menutup wajah anda dengan kain ketika melakukan aktiviti luar bagi mengurangi kesan pancaran UV, pencemaran dan habuk di persekitaran.
Janganlah selalu menukar produk pembersihan wajah dan kecantikan wajah secara kerap kerana ia mungkin menyebabkan keradangan dan alahan pada kulit anda.
Elakkan Penggunaan Bedak Padat Ini
Elakkan mengguna bedak padat kerana span yang lembap, digunakan berkali-kali, terperap di dalam bekas menggalakkan pembiakan bakteria. Gunalah bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing yang mempunyai sifat anti-inflammatori, tidak menutupi liang pori-pori kerana molekulnya besar dan bedak yang kering tidak menggalakkan pembiakan bakteria seperti Kiss mineral mekap.
Diet kesihatan kulit
Kulit biasanya mempunyai diet pemakanan yang tersusun, ini kerana faktor pemakanan juga mampu menjadi penyebab kepada masalah kulit.
Pengambilan air yang secukupnya dalam diet sangat digalakkan kerana ia membantu menyah toksin dari tubuh.
Pastikan pemakanan anda tidak bergoreng,berminyak dan pedas kerana boleh menyebabkan jerawat tumbuh lebih mudah.

Wednesday, 1 April 2015

Kesan buruk produk pengelupasan dan Hidrokuinon

Setiap wanita atau lelaki pasti mengidamkan kulit wajah yang cerah dan bermaya. Namun obsesi ingin kelihatan cerah mengundang kesan negatif jika anda tidak tahu cara yang betul. Dianggarkan sel kulit dibina sebanyak 1 juta per minit atau 5 bilion sel setiap hari.
Pengumpulan sel-sel mati ini akan menyebabkan lapisan kulit kelihatan kusam dan
tidak bermaya. Malah ia menyumbang kepada pembentukan masalah umum seperti jeragat (pigmentasi), jerawat, freckles, liang roma terbuka dan bintik hitam. Ini menjadikan wajah kelihatan lebih tua daripada umur sebenar.
Harus diketahui, penyebab utama sel kulit mati adalah disebabkan oleh kecederaan kesan pancaran sinar UV matahari selain daripada kecederaan fizikal mahupun bahan-bahan kimia yang menyentuh permukaan kulit. Pakar kecantikan sering menyarankan rawatan pengelupasan kulit wajah untuk menyingkirkan lapisan kulit mati.
Sebarang bentuk teknik pengelupasan pastinya akan menyebabkan lapisan kulit epidermis mahupun dermis menipis daripada ketebalan asal. Namun keupayaan kulit menghasilkan ratusan ribu sel setiap saat membolehkan ketebalan asal kulit tercapai semula. Kerana itulah dicadangkan pengulangan sesi pengelupasan atau scrub muka HANYA dibuat setiap 20 hingga 30 hari sekali.
Namun jauhi produk yang mengandungi bahan kimia iaitu hidrokuinon lantaran risikonya sebagai penyebab kanser. Secara ringkas, hidrokuinon bertindak aktif menghalang aktiviti enzim tyrosinase yang bertindak dalam pembentukan melanin iaitu zat pigmen dan menyebabkan kulit menjadi gelap dan kesan noda-noda. Padahal melanin berfungsi sebagai pelindung kulit daripada sinar UV dan menghindarkan kita dari kanser kulit.
Kesan Hidrokuinon
Hidrokuinon ialah racun yang selalu digunakan pada krim malam dan krim pemutih kulit. Racun ini telah diharamkan di bawah Akta Racun 1952 kecuali di bawah kawalan doktor atau farmasi. Sebenarnya hidrokuinon adalah sangat merbahaya dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat. Ia juga digunakan dalam proses ‘foto-herbicides’, pemprosesan getah dan pemprosesan ‘hair dye’. Sifat pelunturnya boleh menghakis lapisan luar kulit (epidermis).
Hakisan Kulit
KESAN PENGGUNAAN HIDROKUINON
Penggunaan hidrokuinon dikatakan berkesan untuk mencerahkan kulit, manakala parut dan jeragat juga pulih sama sekali. Atas desakan ingin cantik, maka ramai yang tertarik untuk mencubanya. Namun realitinya, perubahan itu terjadi akibat hakisan. Kesan pemutihan ini tidak akan kekal lama dan kembali kepada warna asal jika anda menghentikan penggunaannya.
Jadi untuk terus kekal kelihatan putih, pengguna terpaksa menggunakan produk yang berhidrokuinon dengan dos yang lebih tinggi.
Jika lapisan kulit epidermis telah rosak, kulit sudah tidak mengandungi protein dan melanin yang berfungsi untuk melindungi kesan radiasi panas matahari. Akibatnya, pengguna produk pemutihan tidak boleh terdedah secara langsung kepada cahaya matahari. Kesan buruk pada kulit seperti ruam kemerahan akan mula kelihatan.
Kesan Hidrokuinon
Selain hidrokuinon, krim pengelupasan wajah yang mengandungi bahan pemutihan berbahaya seperti Merkuri, Tretinoin, Raksa, Monobenzil, Asid Askorbik dan Peroksida akan diserap menerusi pembuluh darah hingga memberi kesan pada pertuturan, pendengaran, muntah, renjatan otot, sakit kepala, sawan serta koma.
Jom baca komen seorang pengguna produk pengelupasan suatu masa dulu.
"Baru aku tau kenapa selama ni kulit aku senang burn bila kena panas, lagi satu bila buka tudung nampak kesan belang kat tepi muka ni ha. 
Kaji punya kaji baru aku sedar rupanya semua tu kesan pemakaian local produk berunsurkan pengelupasan yang aku penah pakai dulu, 8 tahun aku pakai produk pengelupasan, jadi kulit aku dah makin nipis.  Bila urat-urat kat pipi ni dah start menghijau macam warna rumpai laut baru la rasa terdetik nak guna produk yang mampu mengembalikan semula struktur kulit asal, patut pun kulit aku nampak cerah bila pakai produk pengelupasan tapi bila aku stop senang sangat nampak gelap dan berbelang.
Aku nak nasihatkan kengkawan kat luar sana tu supaya elakkan pakai produk yang membuatkan kulit korang mengelupas sebab korang hanya nampak cerah bila pakai produk tu, tapi bila stop kulit akan cepat nampak gelap.  Untuk wanita bertudung, korang sendiri boleh tengok kesannya bila masa buka tudung, akan wujud kesan belang yang begitu ketara di tepi pipi". – Mimi, Seremban, 25 Tahun

Sunday, 15 March 2015

Kenapa Sun Protection Sangat Penting Kepada Semua Orang?

Spot atau flek hitam memang biasanya muncul di wajah tanpa diundang. Di dalam kulit biasanya memiliki tiga lapisan kulit seperti epidermis, dermis dan hypodermis.
Jika wajah terkena masalah hiperpigmentasi, maka secara automatik lapisan kulit epidermis yang pertama-tama menjadi targetnya. Ini disebabkan lapisan
tersebut terletak di bagian teratas. 
Hiperpigmentasi sendiri dapat didefinisikan sebagai peningkatan pigmen kulit secara berlebihan, sehingga muncullah flek atau spot yang sangat mengganggu penampilan wajah.
Selain itu, flek juga terjadi karena hormon yang sedang meningkat drastik akibat kehamilan, pengambilan ubatan, bekas-bekas jerawat, ubat antibiotik, zat pewarna pada kosmetik dan banyak lagi.
Sinaran matahari memang baik untuk tubuh, tapi jika lebih dari jam 9 pagi akan  mengakibatkan kulit terbakar dan keluar bintik hitam di wajah. Sinar ultraviolet juga boleh mengakibatkan melanoma iaitu sejenis kanser kulit yang paling berbahaya.
Pakailah sunblock atau krim pelindung UV pada wajah dan bahagian tubuh yang tidak tertutup seperti tangan dan kaki.
Perhatikan juga berapa jumlah SPF atau Sun Protector Factor yang tertera pada labelnya, jika SPF 35, bermaksud anda mendapat perlindungan selama 350 minit.
Biasanya produk yang memiliki label bertuliskan "Mengandungi UVA/UVB Filter"atau SPF kurang dari 15 dikategorikan sebagai sunscreen atau krim yang hanya mengandungi bahan penapis sinaran ultraviolet.
Sementara krim sunblock sebenar hanya dapat dikategorikan sebagai pelindung yang menghalang sinaran ultraviolet dengan kadar tinggi memiliki SPF lebih dari 15.
Pilihlah Sun Protection yang yang baik iaitu yang mengandungi 3 bahan seperti titanium dioxide, octylmethoxycinnamate dan oxybenzone. Sunblock yang mengandungi ketiga-tiga bahan ini adalah sunblock yang terbaik.
Produk Terbaik yang Disyorkan
Jika anda masih tercari-cari sunblock yang terbaik atau tidak tahu memilih sunbock yang sesuai, saya cadangkan agar anda gunakanlah Sun Protection SPF50 dariZarrazParamedical. Sunblock Zarraz ini bukan hanya untuk perlindungan kulit dari sinaran UVA & UVB tapi ianya juga berfungsi sebagai rawatan. 

Sunday, 1 March 2015

Kenali Punca Rambut Gugur & Cara Atasinya

Masalah keguguran rambut boleh terjadi kepada siapa-siapa sahaja, tidak kira wanita mahupun lelaki. Menurut kajian, keguguran rambut tergolong dalam dua kategori iaitu keguguran normal dan tidak normal.
Masalah Kebotakan Kepala
Sekiranya rambut anda gugur dalam kuantiti yang banyak melebihi 50 hingga 100 helai sehari, bermakna anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius.
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keguguran rambut antaranya pengaruh hormon, kekurangan vitamin, kerap menggunakan produk rambut yang mengandungi bahan kimia dan banyak lagi.
Kimia yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan Rambut
Secara umumnya, hormon endrogen yang terhasil akibat berada di dalam keadaan tertekan boleh menjadi faktor utama kepada masalah ini.
Rambut rosak seperti kering dan kasar juga membuatkan akar rambut tidak bermaya dah mudah gugur. Untuk mengatasinya, anda boleh menggunakan produk syampu yang bersesuaian seperti Anti Dandruff Shampoo ataupun mengamalkan petua-petua lama.
Antara petua yang berkesan adalah menggunakan daun bunga raya yang telah diramas dengan air kemudian dilumurkan ke seluruh kepala. Lendir daripada pokok bunga raya dipercayai dapat menyuburkan akar rambut.
Adakalanya daun bunga raya sukar didapati di sesetengah tempat. Jadi untuk menggantikannya, anda boleh menggunakan kulit buah tembikai.
Caranya mudah sahaja, ambil bahagian kulit tembikai dan gosok di seluruh kulit kepala. Biarkan cecair daripada kulit tembikai meresap ke kulit kepala dalam masa 20 hingga 30 minit sebelum mencuci rambut anda.
Tidak ketinggalan, pemakanan yang seimbang juga memainkan peranan yang penting. Rambut sempurna boleh dimiliki dengan pengambilan makanan berkhasiat seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berprotein tinggi yang lain.
Namun begitu, jika masalah masih berpanjangan walaupun sudah mencuba pelbagai jenis cara, anda digalakkan untuk menggunakan Set Never Give Up Hair Carekeluaran Zarraz Paramedical.

Sunday, 15 February 2015

Kenali Struktur Kulit Wajah Kita

Kulit merupakan bahagian terbesar dan paling luar dari tubuh kita. Penampilan kitapun akan dinilai dari kecantikan kulityang kita miliki, lebih-lebih lagi kulit wajah. Agar dapat merawat kulit wajah dengan baik, maka kita harus serba sedikit mengetahui struktur kulit. Dengan mengenal lapisan kulit, maka kita akan mudah melakukan perawatan yang tepat untuk menjaga setiap lapisan kulit tersebut.
Struktur Kulit
Kulit mempunyai bagian anatomi yang sangat kompleks. Sebagai bagian terluar,
kulit secara terus-menerus memperbaiki diri, agar fungsinya sebagai pertahanan pertama dari dunia lingkungan luar dapat berjalan dengan baik. Secara keseluruhannya, kulit manusia terdiri dari dua lapisan utama, iaitu:-
1. Lapisan Epidermis
Lapisan Epidermis merupakan lapisan paling atas dari kulit yang terdiri dari sel-sel yang secara terus-menerus membelah, berkembang dan bergerak ke permukaan. Saat mencapai permukaan kulit, sel ini akan mati sepenuhnya sebagai bentuk proteksi tubuh terhadap lingkungan luar.
Lapisan Epidermis Kulit
Lapisan epidermis tersusun dari beberapa lapisan. Dua lapisan yang terpenting adalah :
Stratum Corneum (yang terletak paling atas)Stratum Germinatum (yang terletak paling bawah).
2. Lapisan Dermis
Lapisan dermis berada dibawah epidermis. Pada lapisan dermis terdapat Fibroblast yang secara terus menerus memproses kolagen dan elastin untuk menggantikan kolagen dan elastin yang telah rosak dan dimusnahkan akibat lapisan luar.
Struktur Lapisan Dermis Kulit
Dua lapisan utama pada Dermis adalah sebagai berikut:-
Kelenjar MinyakSerat Elastin dan Kolagen
3. Lapisan Hipodermis
Ini merupakan zon transisional di antara kulit dan jaringan adiposa di bawahnya. Ianya mengandungi sel lemak demikian juga jaringan ikatan putih dan kuning, kumparan dari sejumlah glandula sebasea dan radiks dari sejumlah rambut.
Lapisan Hypordermis/ Cutaneous Kulit
Pemberian zat makanan dermis atau porium tergantung pada vena dan limfatika. Baik saraf bermielin maupun tidak bermielin ditemukan dalam kulit yang berisi organ akhir dan banyak serat saraf. Organ ini memberikan respon sensasi panas, sejuk, sakit, gatal, dan sentuhan.
Fakta Ilmiah Tentang Kulit
Pada usia muda, kulit baru akan muncul ke lapisan epidermis setiap 28–30 hari. Dengan bertambahnya usia, proses regenerasi (rejuvenate) berkurang secara cepat. Dan setelah usia di atas 50 tahun prosesnya menjadi sekitar 37 hari. Mengakibatkan kulit kelihatan berkedut.
Kegagalan Proses Regenerasi Menjadikan Kulit Berkedut
Lapisan dermis kulit adalah lapisan kulit yang bertanggungjawab terhadap sifat keanjalan, dan kehalusan kulit. Berfungsi menyediakan makanan untuk lapisan epidermis, dan sebagai asas bagi kolagen serta serat elastin.
Stemcell Serum merangsang dan meningkatkan produksi kolagen kulit dengan cara meningkatkan kemampuan perkembangbiakan sel fibroblast tua dermis.

Sunday, 1 February 2015

Petua Merawat Bibir Kering

Petua Melembapkan Bibir Kering
Cuba sapu atau oleskan sedikit mentega pada bibir. Cara ini boleh menjaga kelembutan bibir dan membantu menyembuhkan bibir yang merekah.
Merawat Bibir Kering
Ambil beberapa kelopak bunga mawar dan rendamkan dalam susu segar
selama 1-2 jam. Selepas tu ambil air rendaman tu dan sapukan pada bibir yang kering. Kaedah ini dikatakan bukan sahaja membantu melembapkan bibir yang kering malah boleh mencegah agar warna bibir yang merah bugar tu tidak hilang serinya.
Selain tu, petua ini juga boleh selalu diamalkan. Caranya ialah oles susu pekat pada bibir. Selalunya diamalkan waktu petang lebih kurang pukul 5 atau 6 petang dan biarkan ia sehingga pukul 7 atau 8 sebelum mandi. Amalan ini membantu membuang kulit kering yang mati dan melembutkan bibir.
Atau
Kalau tak suka pakai susu (takut kena gigit semut) boleh guna cara nie pula. Gosok bibir tu dengan timun. Potong timun nipis-nipis dan tempek atau gosokkan pada bibir yang kering untuk merawatnya.
Atau 
Satu cara yang dikatakan bagus ialah dengan menggosok gel lidah buaya. Ia dikatakan boleh membantu menyembuhkan bibir yang kering dan pecah-pecah dalam masa yang singkat.

Thursday, 15 January 2015

Ciri-ciri krim kosmetik bermerkuri

1. Melekit-lekit : Tapi ada sesetengah krim yang campurkan dengan bedak sejuk supaya nampak lebih cair. Tektik lettew.
2.  Tidak homogen : Maksudnya cenggini, kalau kita biarkan krim itu, kita nampak ada lapisan minyak akan terpisah dengan lapisan padat.
3. Bau logam merkuri: Bau lain macam, tapi ada sesetengah product yang kononnya bijak dah mengolah bau dengan bau perfume yang lebih menyengat untuk menghilangkan bau merkuri. Sebab itu sebaiknya jika mencari product kecantikan, cari product yang tidak berbau apa apa. Kalau nak bau wangi pakai perfume lah buat apa pakai krim muka wangi- wangi?
4. Krim berwarna yang mencolok: Biasanya untuk mengcover balik warna merkuri, mereka akan tambah dengan bahan pewarna. Tipikal warna mereka gunakan, warna tekstil kuning atau warna putih yang mengilat.
5. Panas dan gatal apabila di-seletkan dekat kulit lengan.
6. Pada awal pemakaian menyebab kulit kemerahan apabila terkena cahaya matahari. Cheh waktu itu bajet macam kulit kita dalam proses pemutihan lah padahal anda tertipu. Kulit anda sedang berlaku irritation.
7. Warna putih tak sekata, putih pucat tak macam putih normal.
8. Kulit berubah warna putih dalam waktu yang singkat! Seperti dalam iklan dipasaran, INGINKAN KULIT PUTIH DALAM MASA 1 MINGGU? haa semakin cepat kulit korang putih, semakin banyak kandungan merkuri yang digunakan
9. TIDAK TIMBUL JERAWAT SAMA SEKALI. Itu pasal krim mereka laris dipasaran. Korang bajet kulit korang berkesan lah dengan krim tersebut? Dah lah kulit putih, licin tanpa jerawat pula. Sebenarnya lapisan kulit epidermis kita dah rosak, kulit sudah tidak mengandung protein & melanin yang berfungsi utk melindungi sinar UV matahari sehingga  kuman/ bakteria  tidak akan menyukai kulit yang telah tercemar merkuri termasuk nyamuk sekalipun! Bayangkan!
10. MENGHALUSKAN DAN MENGECILKAN RUANG PORI PORI. Ini lagi satu kesan korang tertipu. Sebenarnya, kulit korang dah menipis dan lapisan kulit bahagian paling atas dah berhapus dek kerana merkuri tersebut. Tengok sepintas lalu seolah-olah pori pori mengecil dan menghaluskan kulit.
11. Bila tiba-tiba kita stop krim bermerkuri, akan timbul pula jerawat-jerawat kecil dan rasa gatal. Itu kesan sampingan apabila berhenti penggunaan krim bermerkuri, sebab itu orang bajet krim itu terbaik buat mereka. -_-
12. Warna putih pada kulit lama kelamaan akan menjadi kelabu, dan akhirnya kehitaman (jeragat mula menguasai)

BAHAYA KOSMETIK BERMERKURI.
1. Gangguan saraf : Alzheimer, Parkinson serta gangguan-gangguan ringan seperti insomnia, pelupa, tekanan emosi, gementar, gangguan penglihatan.
2. Memperlambat pertumbuhan janin : Merkuri tidak akan dapat disingkirkan oleh ginjal dan akan bertahan dekat situ sekaligus bila kita hamil, akan effect dekat janin kita. Risiko mendapat anak autism/ pertumbuhan anak terencat menjadi tinggi.
3. Wajah menjadi lebih rosak : Timbulnya tompokan hitam dan jeragat yang teruk dikemudian hari.
4. Kerosakan buah pinggang : merkuri akan terkumpul di ginjal  sekaligus merosakkan buah pinggang.
5. Resiko penyakit kanser: Terutamanya kanser kulit, payudara, serviks dan paru-paru.
Jangan rosakkan diri sendiri demi mengejar kecantikan.