Petua Melembapkan Bibir Kering
Cuba sapu atau oleskan sedikit mentega pada bibir. Cara ini boleh menjaga kelembutan bibir dan membantu menyembuhkan bibir yang merekah.

Merawat Bibir Kering
Ambil beberapa kelopak bunga mawar dan rendamkan dalam susu segar
selama 1-2 jam. Selepas tu ambil air rendaman tu dan sapukan pada bibir yang kering. Kaedah ini dikatakan bukan sahaja membantu melembapkan bibir yang kering malah boleh mencegah agar warna bibir yang merah bugar tu tidak hilang serinya.

Selain tu, petua ini juga boleh selalu diamalkan. Caranya ialah oles susu pekat pada bibir. Selalunya diamalkan waktu petang lebih kurang pukul 5 atau 6 petang dan biarkan ia sehingga pukul 7 atau 8 sebelum mandi. Amalan ini membantu membuang kulit kering yang mati dan melembutkan bibir.
Atau
Kalau tak suka pakai susu (takut kena gigit semut) boleh guna cara nie pula. Gosok bibir tu dengan timun. Potong timun nipis-nipis dan tempek atau gosokkan pada bibir yang kering untuk merawatnya.
Atau
Satu cara yang dikatakan bagus ialah dengan menggosok gel lidah buaya. Ia dikatakan boleh membantu menyembuhkan bibir yang kering dan pecah-pecah dalam masa yang singkat.

No comments:
Post a Comment