Wednesday, 15 April 2015

Tips Mengelakkan Pembentukan Jerawat

Pembentukan jerawat yang sedikit dan normal adalah perkara biasa bagi seseorang remaja, namun begitu langkah menghindarinya dapat dilakukan bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit, maka amalan penjagaan kebersihan diri dan wajah perlu dilakukan.
Berikut merupakan amalan penjagaan wajah yang disyorkan untuk mengelakkan pembentukan jerawat pada wajah.
Lakukan pencucian muka dua kali sehari dengan jenis pencuci muka yang bertekstur lembut dan membersih secara mendalam. Jika boleh pilihlah jenis sabun pencuci muka yang tidak terlalu mengeringkan dan boleh menghidratkan kulit. Namun begitu pencucian kulit tanpa sabun pencuci juga boleh dilakukan sebanyak 5 kali sehari ataupun lebih sebagai pilihan lain dan tambahan kepada cucian muka dengan menggunakan pencuci muka.
Tetapi perlu diingatkan disini, bahawa mencuci kulit dengan kuat dan menggosoknya dengan kuat untuk menghilangkan minyak, kekotoran dan sel-sel mati pada kulit bukanlah suatu yang baik pada kulit malah perbuatan tersebut dapat menyebabkan keradangan kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk. Sebaliknya gunakan cara urutan ringan dan gosoklah kulit dengan lembut.
Penggunaan pencuci wajah juga adalah digalakkan namun penggunaannya mestilah sesuai dengan kulit. Penggunaan pencuci wajah adalah bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam liang pori, selain membuang bintik hitam dan bintik putih serta sel kulit mati.
Namun perlu ditegaskan bahawa anda hanya perlu menggunakan skrub wajah 1 hingga 2 kali seminggu sahaja atau 1 dalam masa 2 minggu bagi mereka yang kurang terdedah dengan aktiviti luar dan pancaran cahaya matahari.
Penggunaan pencuci wajah yang lebih dari kadar yang disyorkan adalah amat merbahaya pada kulit khususnya pada kulit sensitive. Sila gunakan pencuci wajah yang mempunyai butiran yang tidak kasar malah lembut pada kulit.
Mencuci kulit dengan pencuci wajah ataupun sabun pencuci kulit sebenarnya pasti akan mengeringkan kulit walaupun anda mencuci kulit dengan ringan dan menggunakan sabun dengan sedikit. Oleh kerana demikian anda sama ada lelaki ataupun perempuan adalah digalakkan untuk menggunakan pelembab atau penyegar kulit selepas anda mencuci kulit anda dengan sabun pencuci, ini adalah penting bagi mengekalkan kelembapan kulit dan pH kulit pada kadar yang seimbang.
Kulit kekal lembab dan sihat
Anda juga adalah dilarang untuk memicit kulit anda yang mempunyai jerawat ataupun sebarang bintik, nodul ataupun sebarang pertumbuhan baru yang tidak diperlukan pada kulit anda. Sebaliknya jumpalah pakar kulit yang bertauliah atau pakar dermatogi di klinik dan hospital pakar untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Memicit kulit yang mempunyai jerawat bukan sahaja tidak elok pada kulit tetapi akan memburukkan lagi keadaan kulit anda sekiranya berlaku jangkitan!
Sebanyak mana yang boleh, anda mestilah mengelakkan kulit muka anda daripada terkena cahaya matahari secara berterusan. Kulit akan mudah menjadi kering jika anda terkena cahaya matahari secara berterusan.
Elakkan tertedah kepada cahaya matahari secara Berterusan
Walaupun anda terdedah dengan cahaya matahari pada kadar yang sedikit. Pancaran sinar UV (Ultra lembayung) yang sedikit yang terkena pada kulit anda sudah cukup untuk menyerap masuk kedalam sel kulit dalam anda dengan mudah serta merosakkan struktur protein dan DNA kulit anda. Perkara ini tentunya tidak baik pada kulit kerana ia mungkin juga mampu menyebabkan kanser kulit.
Bagi mencegah dari masalah terkena pancaran matahari yang agresif ini, anda disyorkan untuk memakai pelembab kulit yang mempunyai pelindung sinaran UV samada dari jenis SPF10, SPF15, SPF25, SPF50 dan sebagainya. Namun untuk keadaan cuaca ketika ini, di Malaysia khasnya yang terlalu panas, adalah lebih baik untuk menggunakan pelindung sinaran UV dari jenis SPF50.
Sun Protection SPF50 yang terbaik
Perkara ini penting bagi mengurangi kesan kegelapan yang mungkin timbul akibat pembentukan melanin oleh sel melanosit dan peyerapan UVB ke dalam sel basal melanogenesis yang mungkin menyebabkan kerosakan kepada DNA yang akhirnya boleh membawa kepada penyakit kanser.
Pemakain pelembab dan pelindung UV perlu dipakai setiap kali selepas mencuci muka, ketika berada di dalam bilik/kawasan berhawa dingin (suhu yang sejuk dan berhawa dingin mampu mengeringkan kulit dengan cepat) atau ketika ingin melakukan aktiviti luar yang akan menyebabkan anda terdedah kepada sinaran matahari terik.
Penggunaan Sun Protection bukan hanya perlu digunakan ketika di luar rumah sahaja, namun perlu juga digunakan semasa berada di dalam rumah.
Anda juga amat disarankan untuk sentiasa menutup wajah anda dengan kain ketika melakukan aktiviti luar bagi mengurangi kesan pancaran UV, pencemaran dan habuk di persekitaran.
Janganlah selalu menukar produk pembersihan wajah dan kecantikan wajah secara kerap kerana ia mungkin menyebabkan keradangan dan alahan pada kulit anda.
Elakkan Penggunaan Bedak Padat Ini
Elakkan mengguna bedak padat kerana span yang lembap, digunakan berkali-kali, terperap di dalam bekas menggalakkan pembiakan bakteria. Gunalah bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing yang mempunyai sifat anti-inflammatori, tidak menutupi liang pori-pori kerana molekulnya besar dan bedak yang kering tidak menggalakkan pembiakan bakteria seperti Kiss mineral mekap.
Diet kesihatan kulit
Kulit biasanya mempunyai diet pemakanan yang tersusun, ini kerana faktor pemakanan juga mampu menjadi penyebab kepada masalah kulit.
Pengambilan air yang secukupnya dalam diet sangat digalakkan kerana ia membantu menyah toksin dari tubuh.
Pastikan pemakanan anda tidak bergoreng,berminyak dan pedas kerana boleh menyebabkan jerawat tumbuh lebih mudah.

No comments:

Post a Comment