Wednesday, 15 April 2015

Tips Mengelakkan Pembentukan Jerawat

Pembentukan jerawat yang sedikit dan normal adalah perkara biasa bagi seseorang remaja, namun begitu langkah menghindarinya dapat dilakukan bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit, maka amalan penjagaan kebersihan diri dan wajah perlu dilakukan.
Berikut merupakan amalan penjagaan wajah yang disyorkan untuk mengelakkan pembentukan jerawat pada wajah.
Lakukan pencucian muka dua kali sehari dengan jenis pencuci muka yang bertekstur lembut dan membersih secara mendalam. Jika boleh pilihlah jenis sabun pencuci muka yang tidak terlalu mengeringkan dan boleh menghidratkan kulit. Namun begitu pencucian kulit tanpa sabun pencuci juga boleh dilakukan sebanyak 5 kali sehari ataupun lebih sebagai pilihan lain dan tambahan kepada cucian muka dengan menggunakan pencuci muka.
Tetapi perlu diingatkan disini, bahawa mencuci kulit dengan kuat dan menggosoknya dengan kuat untuk menghilangkan minyak, kekotoran dan sel-sel mati pada kulit bukanlah suatu yang baik pada kulit malah perbuatan tersebut dapat menyebabkan keradangan kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk. Sebaliknya gunakan cara urutan ringan dan gosoklah kulit dengan lembut.
Penggunaan pencuci wajah juga adalah digalakkan namun penggunaannya mestilah sesuai dengan kulit. Penggunaan pencuci wajah adalah bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam liang pori, selain membuang bintik hitam dan bintik putih serta sel kulit mati.
Namun perlu ditegaskan bahawa anda hanya perlu menggunakan skrub wajah 1 hingga 2 kali seminggu sahaja atau 1 dalam masa 2 minggu bagi mereka yang kurang terdedah dengan aktiviti luar dan pancaran cahaya matahari.
Penggunaan pencuci wajah yang lebih dari kadar yang disyorkan adalah amat merbahaya pada kulit khususnya pada kulit sensitive. Sila gunakan pencuci wajah yang mempunyai butiran yang tidak kasar malah lembut pada kulit.
Mencuci kulit dengan pencuci wajah ataupun sabun pencuci kulit sebenarnya pasti akan mengeringkan kulit walaupun anda mencuci kulit dengan ringan dan menggunakan sabun dengan sedikit. Oleh kerana demikian anda sama ada lelaki ataupun perempuan adalah digalakkan untuk menggunakan pelembab atau penyegar kulit selepas anda mencuci kulit anda dengan sabun pencuci, ini adalah penting bagi mengekalkan kelembapan kulit dan pH kulit pada kadar yang seimbang.
Kulit kekal lembab dan sihat
Anda juga adalah dilarang untuk memicit kulit anda yang mempunyai jerawat ataupun sebarang bintik, nodul ataupun sebarang pertumbuhan baru yang tidak diperlukan pada kulit anda. Sebaliknya jumpalah pakar kulit yang bertauliah atau pakar dermatogi di klinik dan hospital pakar untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Memicit kulit yang mempunyai jerawat bukan sahaja tidak elok pada kulit tetapi akan memburukkan lagi keadaan kulit anda sekiranya berlaku jangkitan!
Sebanyak mana yang boleh, anda mestilah mengelakkan kulit muka anda daripada terkena cahaya matahari secara berterusan. Kulit akan mudah menjadi kering jika anda terkena cahaya matahari secara berterusan.
Elakkan tertedah kepada cahaya matahari secara Berterusan
Walaupun anda terdedah dengan cahaya matahari pada kadar yang sedikit. Pancaran sinar UV (Ultra lembayung) yang sedikit yang terkena pada kulit anda sudah cukup untuk menyerap masuk kedalam sel kulit dalam anda dengan mudah serta merosakkan struktur protein dan DNA kulit anda. Perkara ini tentunya tidak baik pada kulit kerana ia mungkin juga mampu menyebabkan kanser kulit.
Bagi mencegah dari masalah terkena pancaran matahari yang agresif ini, anda disyorkan untuk memakai pelembab kulit yang mempunyai pelindung sinaran UV samada dari jenis SPF10, SPF15, SPF25, SPF50 dan sebagainya. Namun untuk keadaan cuaca ketika ini, di Malaysia khasnya yang terlalu panas, adalah lebih baik untuk menggunakan pelindung sinaran UV dari jenis SPF50.
Sun Protection SPF50 yang terbaik
Perkara ini penting bagi mengurangi kesan kegelapan yang mungkin timbul akibat pembentukan melanin oleh sel melanosit dan peyerapan UVB ke dalam sel basal melanogenesis yang mungkin menyebabkan kerosakan kepada DNA yang akhirnya boleh membawa kepada penyakit kanser.
Pemakain pelembab dan pelindung UV perlu dipakai setiap kali selepas mencuci muka, ketika berada di dalam bilik/kawasan berhawa dingin (suhu yang sejuk dan berhawa dingin mampu mengeringkan kulit dengan cepat) atau ketika ingin melakukan aktiviti luar yang akan menyebabkan anda terdedah kepada sinaran matahari terik.
Penggunaan Sun Protection bukan hanya perlu digunakan ketika di luar rumah sahaja, namun perlu juga digunakan semasa berada di dalam rumah.
Anda juga amat disarankan untuk sentiasa menutup wajah anda dengan kain ketika melakukan aktiviti luar bagi mengurangi kesan pancaran UV, pencemaran dan habuk di persekitaran.
Janganlah selalu menukar produk pembersihan wajah dan kecantikan wajah secara kerap kerana ia mungkin menyebabkan keradangan dan alahan pada kulit anda.
Elakkan Penggunaan Bedak Padat Ini
Elakkan mengguna bedak padat kerana span yang lembap, digunakan berkali-kali, terperap di dalam bekas menggalakkan pembiakan bakteria. Gunalah bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing yang mempunyai sifat anti-inflammatori, tidak menutupi liang pori-pori kerana molekulnya besar dan bedak yang kering tidak menggalakkan pembiakan bakteria seperti Kiss mineral mekap.
Diet kesihatan kulit
Kulit biasanya mempunyai diet pemakanan yang tersusun, ini kerana faktor pemakanan juga mampu menjadi penyebab kepada masalah kulit.
Pengambilan air yang secukupnya dalam diet sangat digalakkan kerana ia membantu menyah toksin dari tubuh.
Pastikan pemakanan anda tidak bergoreng,berminyak dan pedas kerana boleh menyebabkan jerawat tumbuh lebih mudah.

Wednesday, 1 April 2015

Kesan buruk produk pengelupasan dan Hidrokuinon

Setiap wanita atau lelaki pasti mengidamkan kulit wajah yang cerah dan bermaya. Namun obsesi ingin kelihatan cerah mengundang kesan negatif jika anda tidak tahu cara yang betul. Dianggarkan sel kulit dibina sebanyak 1 juta per minit atau 5 bilion sel setiap hari.
Pengumpulan sel-sel mati ini akan menyebabkan lapisan kulit kelihatan kusam dan
tidak bermaya. Malah ia menyumbang kepada pembentukan masalah umum seperti jeragat (pigmentasi), jerawat, freckles, liang roma terbuka dan bintik hitam. Ini menjadikan wajah kelihatan lebih tua daripada umur sebenar.
Harus diketahui, penyebab utama sel kulit mati adalah disebabkan oleh kecederaan kesan pancaran sinar UV matahari selain daripada kecederaan fizikal mahupun bahan-bahan kimia yang menyentuh permukaan kulit. Pakar kecantikan sering menyarankan rawatan pengelupasan kulit wajah untuk menyingkirkan lapisan kulit mati.
Sebarang bentuk teknik pengelupasan pastinya akan menyebabkan lapisan kulit epidermis mahupun dermis menipis daripada ketebalan asal. Namun keupayaan kulit menghasilkan ratusan ribu sel setiap saat membolehkan ketebalan asal kulit tercapai semula. Kerana itulah dicadangkan pengulangan sesi pengelupasan atau scrub muka HANYA dibuat setiap 20 hingga 30 hari sekali.
Namun jauhi produk yang mengandungi bahan kimia iaitu hidrokuinon lantaran risikonya sebagai penyebab kanser. Secara ringkas, hidrokuinon bertindak aktif menghalang aktiviti enzim tyrosinase yang bertindak dalam pembentukan melanin iaitu zat pigmen dan menyebabkan kulit menjadi gelap dan kesan noda-noda. Padahal melanin berfungsi sebagai pelindung kulit daripada sinar UV dan menghindarkan kita dari kanser kulit.
Kesan Hidrokuinon
Hidrokuinon ialah racun yang selalu digunakan pada krim malam dan krim pemutih kulit. Racun ini telah diharamkan di bawah Akta Racun 1952 kecuali di bawah kawalan doktor atau farmasi. Sebenarnya hidrokuinon adalah sangat merbahaya dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat. Ia juga digunakan dalam proses ‘foto-herbicides’, pemprosesan getah dan pemprosesan ‘hair dye’. Sifat pelunturnya boleh menghakis lapisan luar kulit (epidermis).
Hakisan Kulit
KESAN PENGGUNAAN HIDROKUINON
Penggunaan hidrokuinon dikatakan berkesan untuk mencerahkan kulit, manakala parut dan jeragat juga pulih sama sekali. Atas desakan ingin cantik, maka ramai yang tertarik untuk mencubanya. Namun realitinya, perubahan itu terjadi akibat hakisan. Kesan pemutihan ini tidak akan kekal lama dan kembali kepada warna asal jika anda menghentikan penggunaannya.
Jadi untuk terus kekal kelihatan putih, pengguna terpaksa menggunakan produk yang berhidrokuinon dengan dos yang lebih tinggi.
Jika lapisan kulit epidermis telah rosak, kulit sudah tidak mengandungi protein dan melanin yang berfungsi untuk melindungi kesan radiasi panas matahari. Akibatnya, pengguna produk pemutihan tidak boleh terdedah secara langsung kepada cahaya matahari. Kesan buruk pada kulit seperti ruam kemerahan akan mula kelihatan.
Kesan Hidrokuinon
Selain hidrokuinon, krim pengelupasan wajah yang mengandungi bahan pemutihan berbahaya seperti Merkuri, Tretinoin, Raksa, Monobenzil, Asid Askorbik dan Peroksida akan diserap menerusi pembuluh darah hingga memberi kesan pada pertuturan, pendengaran, muntah, renjatan otot, sakit kepala, sawan serta koma.
Jom baca komen seorang pengguna produk pengelupasan suatu masa dulu.
"Baru aku tau kenapa selama ni kulit aku senang burn bila kena panas, lagi satu bila buka tudung nampak kesan belang kat tepi muka ni ha. 
Kaji punya kaji baru aku sedar rupanya semua tu kesan pemakaian local produk berunsurkan pengelupasan yang aku penah pakai dulu, 8 tahun aku pakai produk pengelupasan, jadi kulit aku dah makin nipis.  Bila urat-urat kat pipi ni dah start menghijau macam warna rumpai laut baru la rasa terdetik nak guna produk yang mampu mengembalikan semula struktur kulit asal, patut pun kulit aku nampak cerah bila pakai produk pengelupasan tapi bila aku stop senang sangat nampak gelap dan berbelang.
Aku nak nasihatkan kengkawan kat luar sana tu supaya elakkan pakai produk yang membuatkan kulit korang mengelupas sebab korang hanya nampak cerah bila pakai produk tu, tapi bila stop kulit akan cepat nampak gelap.  Untuk wanita bertudung, korang sendiri boleh tengok kesannya bila masa buka tudung, akan wujud kesan belang yang begitu ketara di tepi pipi". – Mimi, Seremban, 25 Tahun