Thursday, 15 January 2015

Ciri-ciri krim kosmetik bermerkuri

1. Melekit-lekit : Tapi ada sesetengah krim yang campurkan dengan bedak sejuk supaya nampak lebih cair. Tektik lettew.
2.  Tidak homogen : Maksudnya cenggini, kalau kita biarkan krim itu, kita nampak ada lapisan minyak akan terpisah dengan lapisan padat.
3. Bau logam merkuri: Bau lain macam, tapi ada sesetengah product yang kononnya bijak dah mengolah bau dengan bau perfume yang lebih menyengat untuk menghilangkan bau merkuri. Sebab itu sebaiknya jika mencari product kecantikan, cari product yang tidak berbau apa apa. Kalau nak bau wangi pakai perfume lah buat apa pakai krim muka wangi- wangi?
4. Krim berwarna yang mencolok: Biasanya untuk mengcover balik warna merkuri, mereka akan tambah dengan bahan pewarna. Tipikal warna mereka gunakan, warna tekstil kuning atau warna putih yang mengilat.
5. Panas dan gatal apabila di-seletkan dekat kulit lengan.
6. Pada awal pemakaian menyebab kulit kemerahan apabila terkena cahaya matahari. Cheh waktu itu bajet macam kulit kita dalam proses pemutihan lah padahal anda tertipu. Kulit anda sedang berlaku irritation.
7. Warna putih tak sekata, putih pucat tak macam putih normal.
8. Kulit berubah warna putih dalam waktu yang singkat! Seperti dalam iklan dipasaran, INGINKAN KULIT PUTIH DALAM MASA 1 MINGGU? haa semakin cepat kulit korang putih, semakin banyak kandungan merkuri yang digunakan
9. TIDAK TIMBUL JERAWAT SAMA SEKALI. Itu pasal krim mereka laris dipasaran. Korang bajet kulit korang berkesan lah dengan krim tersebut? Dah lah kulit putih, licin tanpa jerawat pula. Sebenarnya lapisan kulit epidermis kita dah rosak, kulit sudah tidak mengandung protein & melanin yang berfungsi utk melindungi sinar UV matahari sehingga  kuman/ bakteria  tidak akan menyukai kulit yang telah tercemar merkuri termasuk nyamuk sekalipun! Bayangkan!
10. MENGHALUSKAN DAN MENGECILKAN RUANG PORI PORI. Ini lagi satu kesan korang tertipu. Sebenarnya, kulit korang dah menipis dan lapisan kulit bahagian paling atas dah berhapus dek kerana merkuri tersebut. Tengok sepintas lalu seolah-olah pori pori mengecil dan menghaluskan kulit.
11. Bila tiba-tiba kita stop krim bermerkuri, akan timbul pula jerawat-jerawat kecil dan rasa gatal. Itu kesan sampingan apabila berhenti penggunaan krim bermerkuri, sebab itu orang bajet krim itu terbaik buat mereka. -_-
12. Warna putih pada kulit lama kelamaan akan menjadi kelabu, dan akhirnya kehitaman (jeragat mula menguasai)

BAHAYA KOSMETIK BERMERKURI.
1. Gangguan saraf : Alzheimer, Parkinson serta gangguan-gangguan ringan seperti insomnia, pelupa, tekanan emosi, gementar, gangguan penglihatan.
2. Memperlambat pertumbuhan janin : Merkuri tidak akan dapat disingkirkan oleh ginjal dan akan bertahan dekat situ sekaligus bila kita hamil, akan effect dekat janin kita. Risiko mendapat anak autism/ pertumbuhan anak terencat menjadi tinggi.
3. Wajah menjadi lebih rosak : Timbulnya tompokan hitam dan jeragat yang teruk dikemudian hari.
4. Kerosakan buah pinggang : merkuri akan terkumpul di ginjal  sekaligus merosakkan buah pinggang.
5. Resiko penyakit kanser: Terutamanya kanser kulit, payudara, serviks dan paru-paru.
Jangan rosakkan diri sendiri demi mengejar kecantikan. 

Wednesday, 14 January 2015

Produk tabita ada bahan terlarang?

Sumber yang mengatakan Produk Kosmetik Jenama "TABITA" mengandungi bahan terlarang seperti hidrokuinon, tretinoin, asid salisiklik dan merkuri diperolehi dari media singapura:
Nasihat usah guna produk kosmetik Tabita
Ujian dapati barangan mengandungi bahan terlarang yang membahayakan
BAHAN-BAHAN terlarang telah ditemui dalam tiga produk kosmetik yang dipasarkan di bawah jenama Tabita, kata Penguasa Sains dan Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan semalam.
Produk-produk itu ialah Tabita Skincare Smooth Lotion, Tabita Skincare Daily Cream dan Tabita Skincare Nightly Cream.
Orang ramai dinasihatkan agar berhenti menggunakan produk tersebut dan segera membuangnya kerana ia boleh mendatangkan kesan bahaya kepada pengguna.
Produk itu telah diuji dan didapati mengandungi bahan-bahan kuat yang tidak diisytiharkan seperti hidrokuinon, tretinoin, asid salisiklik dan merkuri.
Hidrokuinon dan tretinoin adalah bahan kuat yang dilarang digunakan dalam produk kosmetik penjagaan kulit di sini. Ini kerana ia hanya sepatutnya digunakan di bawah pengawasan perubatan kerana boleh memberi kesan buruk jika tidak digunakan dengan betul.
Sementara itu, kadar asid salisiklik dan merkuri yang tinggi pula boleh menyebabkan kesan seperti kerengsaan kulit, pening dan kulit yang berubah warna.
Menurut HSA, ia diberitahu tentang produk tersebut setelah menerima laporan mengenai seorang wanita yang mengalami ruam di muka dan leher dan satu lagi laporan mengenai pemutihan kulit mendadak yang tidak dijangkakan selepas menggunakan produk Tabita.
Produk terlarang itu tidak dijual di Singapura tetapi boleh dibeli dari luar negara menerusi Internet.
HSA menasihatkan mereka yang telah menggunakan produk tersebut supaya mendapatkan pemeriksaan doktor jika mereka berasa kurang sihat atau bimbang akan kesihatan diri mereka.
Jurucakap HSA juga menekankan bahayanya membeli produk kesihatan termasuk kosmetik daripada sumber yang diragui menerusi Internet.
"Pengguna harus sedar akan risiko membeli produk di dalam talian.
"Tidak seperti barang keperluan lain, kegunaan produk kesihatan, termasuk kosmetik yang rendah mutunya dan disalah label, boleh menyebabkan kesan kesihatan yang serius," kata HSA.
Setakat ni tiada maklumat dari BPFK (Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan , Kementerian Kesihatan Malaysia) berhubung isu ini.
Mungkin bagi yang sedang menggunakan atau baru bercadang untuk mencuba Produk Kosmetik keluaran Tabita mungkin bleh dapatkan pengesahan dari BPFK berhubung isu ini. Lagipun Produk Tabita ni boleh dibeli secara dalam talian kan, so elok la dapatkan kepastian samaada produk tersebut betul-betul selamat untuk digunakan samaada yang dijual itu bukan produk tiruan

Monday, 5 January 2015

10 Cara Atasi Jerawat Paling Jimat Kos & Berkesan

Masalah Jerawat adalah salah satu masalah biasa yang dihadapi oleh remaja kerana perubahan hormon dalam tubuh badan mereka. 

Punca kulit jerawat bermula apabila bintik hitam yang terdapat pada wajah dipenuhi dengan minyak, kotoran dan juga sel kulit mati lalu terperangkap 
dalam liang pori kulit wajah anda. 

Masalah kulit ini akan sentiasa berulang sepanjang hidup , tetapi melalui  penggunaan bahan semula jadi anti-jerawat mampu merawat masalah jerawat. 

1. Tips Rawat Jerawat: Basuh muka dengan Pencuci Muka  

Ianya penting untuk anda memastikan bahagian muka dan leher anda bersih daripada segala kotoran. Anda boleh menggunakan pencuci yang lembut dan tidak mengeringkan kulit bagi membersihkan muka anda seperti Calming Cleansing Milk. Pastikan anda membasuh muka sekurang-kurang tiga kali sehari, lebih-lebih lagi selepas rutin senaman. Jika anda mempunyai masalah rambut berminyak, anda digalakkan mencuci rambut anda setiap hari bagi mengelakkan pengumpulan minyak di bahagian muka yang akan mengakibatkan jerawat. 

2.  Makan Buah Ubat Jerawat: Anggur 

Amalkan pengambilan buah anggur dalam diet harian anda kerana ia kaya dengan sumber vitamin C dan mampu membantu mengurangkan kekerapan berlakunya jerawat. Malah jika anda melihat jerawat yang baru timbul, anda boleh memotong buah anggur dan letakkan pada bahagian tersebut selama beberapa minit agar jus anggur itu menyerap. 

3. Krim Jerawat Mujarab: Ubat gigi 

Ubat gigi adalah antara bahan yang paling mudah didapati di rumah dan juga merawat jerawat. Ubat gigi putih herbal adalah pilihan yang ideal kerana kandungan bahan dalam ubat gigi mampu mengeringkan jerawat. Letakkan sedikit ubat gigi di bahagian tersebut dan biarkan semalaman. Anda boleh membasuh menggunakan air sejuk keesokan harinya.  

4. Detox Kulit Jerawat: Timun 

Timun adalah sejenis sayuran yang menyejukkan kulit dan juga efektif dalam merawat jerawat. Anda boleh kisarkan timun tersebut bagi mendapatkan jusnya, lalu dicampurkan dengan yogurt serta secubit serbuk kunyit. Letakkan pada jerawat tersebut dan biarkan selama satu jam. Anda boleh mengamalkan prosedur ini selang dua atau tiga hari.

5. Air Jus Rawat Jerawat: Jus lemon 

Jus lemon mempunyai bahan asidik yang membantu membersihkan kotoran yang tersumbat dalam liang pori, sekaligus mengurangkan penghasilan sebum. Apa yang anda perlu lakukan adalah potong buah lemon dan letakkan bahagian berjus pada kawasan jerawat. Biarkan selama satu jam dan bersihkan menggunakan air sejuk. 

6. Krim Murah Anti-jerawat: Madu 

Letakkan madu di kawasan jerawat selama 30 hingga 45 minit dan basuh menggunakan air sejuk. Jangan kedekut untuk menggunakan banyak madu di atas muka anda kerana ia mampu menghilangkan jerawat anda lebih-lebih lagi jika diamalkan dua atau tiga hari berturut-turut.

7. Detox Kulit Jerawat: Kulit buah oren 

Seperti diketahui, buah oren sememangnya kaya dengan sumber vitamin C serta kandungan asid. Apa yang anda perlu lakukan anda keringkan kulit buah oren di bawah cahaya matahari, lalu hancurkannya agar menjadi serbuk halus. Masukkan sedikit air agar ia menjadi pes dan letak di kawasan jerawat itu, lalu dibiarkan sehingga kering. Amalkan dua kali sehari agar bebas jerawat! 

8. Plaster Anti-Jerawat: Pes Kayu Manis & Madu 

Campurkan serbuk kayu manis dan madu sehingga ia menjadi pes halus. Letakkan di bahagian jerawat dan biarkan selama 20 minit atau semalam. Amalkan selalu untuk dua atau tiga hari berturut-turut. 

9. Antiseptic Bakteria Bunuh Jerawat: Kunyit 

Kunyit mampu menghalang jangkitan pada kulit kerana ia mengandungi anti bakteria atau anti septik. Campurkan satu sudu serbuk kunyit dan satu sudu madu, lalu digaulkan agar ia menjadi pes halus. Letakkan di bahagian jerawat selama 20 hingga 30 minit dan bersihkan menggunakan air sejuk.

10. Antioksida Kulit Jerawat: Bawang putih 

Baunya mungkin kurang menyenangkan, tetapi hancurkan bawang putih lalu diletakkan di bahagian jerawat tersebut selama beberapa minit. Amalkan tiga kali sehari selama dua hari berturut-turut untuk melihat keberkesannya. 

Namun demikian, jangan keluar dari rumah jika anda tidak menggunakan Krim Sun Protection SP50 kerana tanpa krim ini, wajah anda akan terdedah dengan UVA & UVB serta Radikal Bebas di udara yang menjadi punca utama pembentukan Jerawat pada wajah anda.

CARA MENGHILANGKAN PARUT / BEKAS JERAWAT

CARA MENGHILANGKAN PARUT / BEKAS JERAWAT

Apabila jerawat kering, ia akan meninggalkan kesan kemerahan atau kesan parut hitam. Ini sebenarnya bukan parut jerawat tetapi kesan daripada radang jerawat. Jika tiada jerawat baru yang tumbuh, kulit akan sembuh dengan sendiri. Proses penyembuhan ini boleh mengambil masa 6 hingga 12 bulan.
Parut Jerawat
Kesan akibat jerawat lebih daripada setahun dikenali parut jerawat. Biasanya parut ini kekal dan
membuatkan kulit muka kelihatan gelap dan kurang menarik. Untuk mengelakkannya rawatan awal boleh dilakukan.

RAWATAN AWAL

Radang kulit disebabkan oleh jerawat adalah satu proses penyembuhan yang normal. Ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk membantu merawat peringkat awal parut jerawat.

 


Pendedahan kepada matahari melambatkan proses penyembuhan radang jerawat dan boleh merosakkan kulit. Oleh itu pengunaan SUNBLOCK yang sesuai amat penting.

 

Selalunya Doktor akan memberi Krim Tretinoin untuk mempercepatkan proses Remodeling Kulit. Penggunaan peeling agent seperti AHA (Alpha Hydroxy Acid) yang bersesuaian juga boleh mempercepatkan proses remodeling kulit.

 

Jangan memicit jerawat atau parut jerawat. Ini akan mengganggu proses penyembuhan jerawat. Ia juga boleh menyebabkan bakteria yang terdapat di dalam jerawat tersebar lebih ke dalam kulit. Ini boleh menyebabkan parut jerawat yang lebih dalam berlaku.

 

Penggunaan krim antioksidan seperti Ekstrak Raspberry juga membantu memulihkan kesan jerawat.

MASA YANG SESUAI UNTUK MINUM AIR

MASA YANG SESUAI UNTUK MINUM AIR

Minum air sangat baik untuk tubuh badan kita. Tahukah anda bilakah masa yang paling sesuai untuk minum air?? Selain dari masa dahaga, adalah terbaik jika kita mengamalkan untuk minum air pada masa-masa tertentu. Mengikut kajian juga kita sebaiknya
minum 8 gelas air sehari.

Badan memerlukan air yang banyak kerana air meliputi sebahagian dalam tubuh kita. Kajian mengatakan waktu terbaik (selain daripada masa dahaga) untuk kita minum bagi keperluan tubuh adalah seperti berikut:-


Fakta Kesihatan

Minum dua gelas air masak selepas bangun tidur. Ianya membantu mengaktifkan fungsi dan kecergasan organ dalaman.

Minum segelas air masak 30 minit sebelum makan. Ianya membantu proses penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

Minum segelas air masak sebelum mandi. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas air masak sebelum tidur. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.

Bagi yang tidak suka minum air mineral, Mulakan minum daripada sekarang. Kurangkan minuman manis bagi mencegah penyakit.